Alfatihah:Ngeri!! Jururawat Hamil Maut Dalam Kemalangan






MUAR: Seorang jururawat yang hamil maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 32, Jalan Muar-Segamat, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak, berkata dalam kejadian pada jam 6.45 pagi itu, Nor Farhana Ali, 32, yang hamil 17 minggu meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

“Ketika kejadian, mangsa bersama seorang anak lelaki berusia tiga tahun yang menaiki Perodua Myvi dari arah Muar menghala ke Segamat dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.


“Kereta Toyota yang dinaiki seorang lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia lingkungan 50-an, cuba mengelak ke kiri bahu jalan tetapi dirempuh kereta mangsa menyebabkan kenderaan itu terbabas masuk ke dalam parit,” katanya ketika dihubungi.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas merempuh belakang kereta Toyota itu. Katanya, Nor Farhana yang bertugas di Hospital Segamat meninggal dunia kerana kecederaan parah pada anggota badan manakala anaknya itu mengalami patah tangan.

Mohd Salleh berkata, pemandu dan penumpang kereta Toyota tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA








baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Alfatihah:Ngeri!! Jururawat Hamil Maut Dalam Kemalangan "

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info