Video: Gempar!! Sesuatu Yang Terbang MeLintasi Kapal Terbang Ini?







VIDEO ini menunjukkan saat-saat misteri seorang peminat kapal terbang merakam benda aneh yang terbang melepasi kapal terbang Virgin Atlantic yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.
Rakaman itu telah menimbulkan banyak dakwaan menyatakan objek tersebut adalah UFO yang dimiliki oleh makhluk asing.

[VIDEO: 10 KAPAL MAKHLUK ASING BERTERBANGAN DI JEPUN?]

Pay--UFO
UFO atau unidentified flying object sering dikaitkan dengan kewujudan makhluk asing yang menimbulkan seribu persoalan mengenai kewujudannya.
Menerusi video yang dirakam itu, sebuah objek dipercayai piring terbang telah melintasi kapal terbang antarabangsa itu dengan pantas dan jelas.
Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kewujudan makhluk asing di kalangan netizen. Baru-baru ini, 10 buah ‘kapal’ misteri yang berterbangan di ruang udara di Jepun turut berjaya dirakam.
Namun masih tidak ada fakta yang boleh mensahihkan segala dakwaan mengenai objek misteri yang sering dirakam oleh manusia itu. Benar atau tidak, semuanya terpulang pada kepercayaan individu masing-masing. – Agensi/



baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Video: Gempar!! Sesuatu Yang Terbang MeLintasi Kapal Terbang Ini?"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info